13 July 2012

Welcome to KOSASS (K7), UPM

السلام عليكم 안녕하세요 Hello!


Selamat datang kepada adik-adik Junior yang bakal mendaftar ke Universiti Putra Malaysia (UPM) aka Universiti Paling Mantap, Universiti Paling Mahal, Universiti Pakwe Makwe dan seangkatan dengannya. So, diucapkan juga tahniah kepada semua adik-adik kerana berjaya memasuki UPM ini dengan selayak-layaknya, percayalah bahawa kami warga-warga UPM dah tidak sabar menanti kedatangan adik-adik terutamanya warga-warga kolej kediaman yang bakal adik duduk nanti.

Baiklah kat sini, saya nak fokus lebih kepada adik-adik yang bakal menjadi warga Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah (KOSASS) ataupun nama lama kolej ini adalah Kolej Ke-7 (K7). Kolej ini merupakan Kolej Universiti bukannya Kolej Swasta. Untuk pengetahuan adik-adik semua, Kolej ini merupakan sebuah Kolej Kediaman bagi Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) atau Reserve Officer Training Unit (ROTU). Ya, ini merupakan Kolej Kediaman bagi pasukan Askar Simpanan. Adik-adik jangan bimbang sebab sekiranya adik menetap di Kolej ini tidak semestinya adik-adik kena jadi askar, Kolej kami juga menempatkan warga Civilian (Awam). Ini bermakna adik-adik boleh tinggal di Kolej ini sebagai warga awam seperti kawan-kawan adik di Kolej yang lain.

Kolej kami terdiri daripada 5 Blok iaitu Blok Rusa, Blok Kijang, Blok Seladang, Blok Napuh dan Blok Pelanduk. 3 Blok Wanita dan 2 Blok Lelaki. Kolej kami bersebelahan dengan Kolej Ke-2 dan berdekatan dengan Kolej Tun Perak. Kolej kami juga hampir dengan Markas PALAPES UPM, Astaka Seni dan Padang A serta Padang B Universiti Putra Malaysia. Kemudahan-kemudahan yang adik-adik boleh dapati di Kolej kami ialah, 

Dewan Jauhari (Dewan Serbaguna)

Bilik Muzik

Bilik Konti

Gita Bayu (Bilik Karaoke)


Galeri Canselor


Balai Sidang (Bilik Mesyuarat)


Medan Interaksi (Ruang Perbincangan)


Bilik Aktiviti Pelajar (Bilik Kuliah)


Balai Minda


Gelanggang Futsal

Gelanggang Bola Keranjang


Didalam Kolej kami juga terdapat KIOSK KOSASS ataupun Koperasi Kolej yang menjual alat tulis, makanan dan beberapa alat keperluan peribadi. 



Kolej kami juga mempunya 3 parking kenderaan bermotor, so tiada masalah parking di Kolej kami. Banyak kemudahan lain yang adik boleh perolehi di sekitar Kolej kami seperti Gelanggang Bola Tampar, Gelanggang Tenis, Padang Bola dan juga Padang Ragbi. Untuk pengetahuan adik-adik juga, kolej kami juga dikirakan sebagai Kolej yang paling hampir dengan Main Campus, jika adik-adik terlepas bas, tiada kenderaan, adik-adik boleh ambil alternatif untuk berjalan kaki. 

Food Court paling hampir dengan Kolej kami ialah Putra Food Court, di sini adik-adik boleh mengunakan meal plan yang dibekalkan pihak Universiti, bermakna, adik-adik  boleh makan dan minum tanpa mengunakan wang. Meal plan adik akan dibekalkan sebanyak RM4++ per semester selama 1 tahun. Ini kerana, yuran Universiti adik-adik telah pun disertakan sekali dengan meal plan ini. Untuk pengetahuan lanjut, adik-adik boleh tanya kemudian di group pengambilan Intake adik-adik.

Sekarang saya akan ceritakan pula berkenaan dengan Blok, seperti yang saya ceritakan sebelum ini, kami mempunyai 3 Blok Wanita dan 2 Blok Lelaki. Blok Wanita adalah Blok Rusa, Kijang dan Seladang, manakala Blok Lelaki adalah Blok Napuh dan Pelanduk. Setiap Blok mempunyai 4 Aras, 1 Bilik berpenghuni seramai 2 orang sahaja. Setiap Aras mempunyai Bilik Mandi dan Tandas, manakala setiap Blok mempunyai kemudahan Mesin Basuh secara percuma. Setiap Blok mempunyai Bilik Study dengan kemudahan meja belajar. Setiap Blok juga mempunyai ruang santai untuk berehat sambil menonton televisyen.

Ini adalah gambar ruang bilik yang bakal adik-adik duduk nanti. Gambar yang saya tunjukkan ini adalah gambar bilik saya, selamat mencuci mata.

Ruang Bilik yang luas
Meja Belajar yang luas dan Lapang
Ruang menyimpan Peralatan Peribadi

Locker Baju dengan 2 Pintu,
diatas Locker ini ada Locker  untuk  simpan Beg/Bagasi,
juga 2 Pintu
Amacam, dah dapat gambaran tentang Kolej ini, harap-harap blog ini dapat membantu adik-adik. Selamat Maju Jaya.

Minggu Perkasa Putra 2011

Menembak di Asahan 2011

P/S : Untuk maklumat lanjut mengenai KOSASS, layari www.kosass.upm.edu.my/
atau group kami, Once KOSASS Forever KOSASS
Untuk sesiapa yang berminat untuk memasuki PALAPES, layari http://www.palapes.upm.edu.my/main.php

2 comments:

R.T.W said...

Wahh! Nampaknya promote habis yea KOSASS ni yea. Apapun, teruskan usaha junior! Perjalanan hortikultur masih jauh lagi.

p/s: kalau pergi hutan tu, jangan la lupa nak lihat keindahan alam ciptaan Allah ni yea. Mana tau dapat ilham buat landskap design nanti.

Mira Zaini™ said...

Hehe, just sharing info tentang kolej, sebab waktu saya junior, saya tak berpeluang nak kenal kolej sendiri, so nak bantu adik-adik junior, dapat gambaran Kolej, nanti tak berdebar sangat. Yelah, tak kenal maka tak cinta.

Yup senior, perjalanan Hortikultur masih lagi jauh, saya pun belum serasi dengan bidang ini, harap-harap saya dapat atasinya secepat yang mungkin. Tak sabar nak masuk hutan lagi~ =)

Kami Blogger UPM

Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...