21 July 2014

'Move On'


Tidak pasti kenapa aku terdetik untuk menulis hanya setelah sekian lama. Senang sahaja aku berkongsi lirik lagu, sebab bagi aku lirik lagu dicipta melalui perasaan, bermakna dengan lagu juga aku boleh meluahkan isi hati aku yang tidak dapat aku sunting dengan kata-kata tetapi alternatifnya dapat aku kongsi melalui sisip lirik lagu.

Aku ingin berkongsi pendapat aku mengenai perihal 'bawa diri' atau mudah fahamnya sebagai 'Move On'. Beberapa hari lepas seorang sahabat telah berkongsi tentang perihal hatinya dimana dia sudah pun mulai putus asa dari terus menunggu seseorang yang pernah menyentuh ke satu sudut yang tidak ada setiap manusia pun dapat lari dari merasainya, ianya terkandung di dalam hati, lebih jelas cinta namanya.

Banyak punca dikenal pasti menjadi sebab kenapa sampai satu tahap bila akal fikiran mulai berfikiran waras, orang yang kecewa memilih jalan untuk 'Move On' dalam perihal cinta, ialah mana tidaknya. Cinta itu kan buta, bukan buta tidak boleh melihat menggunakan sepasang mata yang indah tetapi buta kerana tidak dapat melihat dalam waras, dalam keadaan dimana sel-sel otak berhubung untuk mengenal baik buruk padahnya perilaku.

Aku mungkin sedikit bias di dalam perkongsian pendapat ini, kerana bahan rujukan aku lebih kepada cinta yang cuba ingin bertepuk, namun bunyinya tidak kedengaran. Mungkin juga boleh dilabelkan sebagai syok sendiri, tapi aku tahu mesti pedih nak mengaku diri, syok sendiri. Sebab cinta itu kan buta, sebab itu susah untuk kita terima realiti, susah terima kenyataan yang kita syok sendiri, sebab bila dah cinta, yang buruk rasa indah, tetapi bila akal sudah waras, kita yakin untuk melabelkan yang kita mungkin tersyok sendiri menyangkakan pihak disana mungkin berpeluang kita miliki.

Kebanyakkan orang akan mengambil masa yang sangat panjang dan jalan yang paling jauh sebelum mula sedar yang dirinya patut berhenti dari cinta membuta tuli tanpa ada jalan pengakhiran, yang akan menemukan kepada jalan baru sebuah permulaan yang lebih indah, atau secara imaginarinya, satu langkah jika cinta berjaya diraih, akan menemukan kepada ikatan yang sah. Jadi mereka akan lebih memilih untuk mengambil masa dan jalan yang paling jauh sebelum berfikiran waras dan menerima hakikat. Tapi sebelum itu, sebenarnya, kerana mereka susah untuk menerima hakikat dan oleh itu mereka memilih untuk terus menunggu dalam penantian yang menyakitkan dan dipenuhi tipu daya dunia dan kata-kata bahawa "Kalau ada jodoh tak kemana". Itulah jawapan paling selamat untuk mereka yang ingin menenangkan hatinya yang berbolak sedangkan akal fikiran ligat berkata bahawa cinta itu tidak mungkin kau kecapi. Tetapi tidak, mereka ini lebih mudah terpujuk dengan hati untuk terus menanti dengan harapan satu hari nanti cinta si dia bakal diraih dan oleh kerana itulah masa yang diambil untuk sedar dan membawa diri adalah terlalu panjang.

Petunjuk itu boleh datang bila-bila masa sahaja. Beruntunglah jika Allah bagi petunjuk awal supaya kita tak bazirkan masa dalam penantian. Dan petunjuk itu juga boleh jadi sampai bila sekian lama kita dalam penantian dan bagi aku pula, Allah s.w.t sengaja menangguhkan jodoh itu dan membiarkan kita dalam penantian untuk kita sedar satu hari nanti, mungkin orang yang kita nantikan itu bukanlah orang patut kita tunggu. Sebab jika benar jodoh itu pasti dengan si dia, pasti tak kan ada 'second thought' mengenai si dia. Sebab jodoh itu adalah apabila kita yakin, bila kita tak yakin. Nah, bermakna bukanlah si dia orangnya.


Bagi aku 'move on' adalah satu cara untuk kita being 'real'. Kenapa aku cakap being 'real'? I mean macam mana kita boleh jadi 'real' kalau kita hidup di awangan antara realiti, ilusi dan fantasi? Being in love is something abstract. Tak boleh dilihat, tapi boleh dirasai. Bagaimana nak 'being real' kalau hanya kita sahaja yang rasa cinta tu, sedangkan si dia, langsung tiada, kosong. So move on adalah satu jalan untuk kita being 'real'. Supaya kita sedar apa sebab kewujudan kita ni. Sebab kewujudan kita dimuka bumi ini bukanlah ilusi, atau fantasi. Kita hidup, kita bernafas dan kita adalah realiti, kita wujud dan kita bukan abstrak, kita boleh disentuh dan boleh dirasai, dan kita juga boleh dicintai. Jadi buat apa perlu jadi 'miserable'.

Pendapat sahabat aku pula, bila kita 'move on' kita akan belajar lebih banyak perkara dari kesilapan dan kealpaan kita dahulu. Tetapi bagi aku, aku bimbang jika kerana kita banyak belajar dari kesilapan dan kealpaan ini, kita akan lebih berhati-hati and become worst bila kita pula yang akan lebih memilih dan dengan memilih itu, kita akan cari yang perfect dan teori tentang kekurangan itu melengkapi, hanya akan kekal sebagai teori.

Kenapa? Pada aku, aku percaya setiap kekurangan itu sebenarnya melengkapi. Seperti Hawa melengkapi Adam a.s dengan menjadi sebahagian darinya kerana terciptanya Hawa dari tulang rusuknya Adam a.s. atau boleh sahaja dikatakan seperti Irama dan Lagu. Andai dipisahkan, rosaklah lagu, pincanglah irama. Kekurangan menjadikan cinta lebih indah. Unik dengan cara tersendiri. Kenapa kita belum lagi menemui pemilik tulang rusuk yang kita miliki atau beri? Mungkin sahaja kerana kita terlalu mencari yang sempurna sedangkan kita tahu tiada siapa selain Allah s.w.t yang Maha Esa. Kerana kita tak sedar pada kita terletak kekurangan dan pada yang kekurangan sahaja yang boleh melengkapi kita. Janganlah kita terlalu memilih yang sempurna sehingga kita tidak mampu melihat keindahan disebalik kekurangan. 

Contohnya, yang paling dekat dengan aku adalah kisah artis Syamsul Yusof dan pemilik tulang rusuknya, Puteri Sarah. Bagi aku itu indah. Bagaimana Syamsul boleh nampak kekurangan Puteri Sarah, by not being judgemental, percaya dan melihat kekurangan isterinya sebagai kekurangan yang indah lalu menjadikan Puteri Sarah lebih indah dengan melengkapinya. Aku suka cara Syamsul yang menjadikan kekurangan itu indah, dan kekurangan itu melengkapi. Dengan melengkapi, kehidupan akan lebih bahagia. Bukan memaksa kita untuk 'fit in'. Oleh kerana keyakinan Syamsul terhadap teori itulah aku percaya, akan ada seseorang yang akan melengkapi kekurangan diri aku ini, yang percaya dan yakin, sama-sama melihat kekurangan itu indah, dan dimana indah itu bahagia. Tapi jangan fikir aku menolak tentang idea memilih. Setiap orang berhak memilih, aku juga memilih dan memilih yang sempurna tidak salah, tetapi persoalannya wujudkah insan yang sempurna? 



Oleh itu aku berpendapat jadi diri sendiri itu lebih baik dan bukanlah apa yang orang inginkan. Tidak perlulah kita menjadi sempurna di mata orang hanya untuk dihargai atau diingini. Imperfection, flaw atau weakness itu adalah 'real'. Be our self is part of us being 'real'. Analoginya seperti bila kita pakai concealer sebab nak cover skin flaws. Dan ditambah dengan make-up yang akhirnya menjadikan kita sempurna, tapi untuk apa? Itu bukan 'real'. Itu namanya fake. We hide our true selves. Kita tak jadi diri sendiri, we become someone else and that is not 'real'.

Dan lagi, pada pendapat sahabat aku, bersifat terbukalah dari semua sudut. Bukan hanya menilai pada satu sudut. Berusaha memahami kekurangan dan cari keindahan disebalik kekurangan itu bukan menjauhinya. Jika kita jumpa orang yang mempunyai kelebihan dari kita, jadikan inspirasi. Thats the way life goes. Dan aku sekadar ingin berkongsi, ternyata inilah pendapat aku. 
#ImJustSaying #NoHardFeelings


No comments:

Kami Blogger UPM

Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...